Rangkaian Laman Web aL-AHKAM online
TUAN GURU HUSIN BIN MUHAMMAD NASIR BIN MUHAMMAD TAIB AL-MAS'UDI AL-BANJARI
PENGENALAN
Tuan Husin dilahirkan di Titi Gajah, Kedah pada 20 Jamadil Awwal 1280h/1862m. Nama timangan beliau ketika kecil ialah Cik Megat. Kemudian masyur dengan panggilan Tuan Hussein Kedah. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Hj.Muhd.  Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fatimah Tengku Mahmud, kerabat Diraja Kubang Pasu. Beliau mempunyai 8 orang adik beradik, 6 lelaki dan 2 perempuan.  Perkataan Al-Banjari menunjukkan Tuan Husin adalah dari rumpun bangsa Banjar.  Nenek moyang beliau berasal dari Kelompoyan Mertapora Banjarmasin. Nenek beliau Hj. Masud b. Qadhi Muhd. Said  merupakan orang yang pertama tiba di Kedah. Disebabkan kebijaksanaan Hj. Masud, beliau telah dilantik menjadi seorang daripada panglima perang Kedah oleh Sultan Kedah pada masa itu untuk menentang Siam.Beliau gugur ketika menentang Siam. Sultan Kedah pada ketika itu ialah Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah Ibn Al-Marhum Sultan Abdullah (1260 H - 1219 H ).

PENDIDIKAN
Tuan Husin dipelihara dan dididik oleh datuknya Hj. Muhd. Taib, iaitu seorang ulama terkenal di akhir abad ke 19 di Kedah.  Beliau membuka sebuah sekolah pondok di Titi Gajah pada tahun 1870an. Tuan Husin dibesarkan dalam suasana keilmuan dan keagamaan dengan bimbingan datuknya. Dalam usia 19 tahun, beliau dapat menguasai ilmu agama dengan baik.

 Di dalam tahun 1881M/1299H , beliau melanjutkan pelajaran di Pattani.  Di sana beliau belajar dengan Tuan Samila yang pernah menjadi guru kepada datuknya.

Kemudian beliau ke Kelantan untuk meninjau sekolah-sekolah pondok di sana dan dalam tahun 1882M/11300H beliau ke Terengganu serta menetap di sana selama 1 tahun. Beliau seterusnya ke Singapura dan menjadi buruh kasar di sana.

Pada tahun 1886/1303H, beliau ke Johor dan seterusnya ke Melaka. Beliau  kemudiannya ke Medan dan Acheh.. Beliau pulang ke Pulau Pinang. Jusoh ,anak penghulu Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah. Beliau dianugerahkan dua orang anak dengannya. Mereka ialah Nikmatullah Ahmad dan Siti Maryam.

MENUBUHKAN PUSAT PENGAJIAN.
Pada tahun 1896M, beliau kembali ke Titi Gajah, setelah empat tahun di Mekah.  Beliau meneruskan kegiatan mengajar dan menulis buku-buku agama.  Satu hal menarik, beliau sering berpindah dalam usaha menyebarkan ilmu kepada masyarakat Beliau menubuhkan pusat-pusat pengajian di mana sahaja beliau tinggal.Pembinaan pondok pengajian adalah 50 di Selengkor, 40 di Padang Lumat dan 100 di Pokok Sena.

 Penuntut beliau melangkaui dari Semenanjung, Indonesia dan Thailand (Pattani).Jumlah penuntut beliau sangat ramai antara yang terkenal iaalah Allahyarham Lebai Zakaria Pahang, Allahyarham Lebai Sulong (Sungai Bangkalis), Che Nik dan Wan Din (Pattani), Allahyarham Che Ismail Hamzah (Bekas Mufti Perak) dan anak beliau sendiri Allahyarhan Tuan Guru Haji Ahmad Hj. Hussin.

 Tuan Husin sering menyarankan bercucuk tanam (padi) dan berniaga. Ini disebabkan beliau seorang ulamak yang praktikal dan mengamalkan prinsip hidup Islam sepanjang hayat. Beliau amat menekankan aspek intelektual, spiritual dan material mengikut tuntutan duniawi dan ukhrawi.

Kegigihan beliau mencari harta untuk diwakafkan kepada kepentingan penyebaran dakwah amatlah terserlah. Beliau mempunyai beratus-ratus relung tanah sawah, getah dan kelapa. Beliau meninggalkan 150 relung tanah sebagai pusaka kepada anak- anaknya.Selebihnya diwakafkan sebagai tapak masjid, tanah perkuburan dan tapak sekolah pondok.
 

KEMATIAN BELIAU
Ketika beliau jatuh sakit, Tengku Abdullah; bekas muridnya meminta beliau pulang ke Kedah. Beliau pulang ke Kedah setelah dirayu oleh anaknya. Tengku Abdullah telah mengambil beliau di Pokok Sena dan dibawa ke rumahnya di Batu 16, Padanang mahukan anak lelaki.Anak yang ke-11 beliau meninggal dunia kerana tidak cukup bulan.
 

Menu Utama