Rangkaian Laman Web aL-AHKAM online
Pengenalan
Laman web ini dibangunkan sempena majlis ihtifal Madrasah al-Khairiah al-Islamiah pada 30 April 2000. Ihtifal berkenaan diadakan selama dua hari.

Isikandungan laman web ini adalah sebahagian kecil dari bahan sejarah madrasah ini. Ia bertujuan untuk memberi maklumat dan sebagai bahan renungan kepada genarasi hari ini untuk mengenang kembali zaman kegemilangan yang pernah diharungi oleh madrasah ini.

Semoga juga bahan-bahan yang terkandung di dalam laman ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Isikandungan
Sejarah TG Tuan Husin
Tuan Husin dilahirkan di Titi Gajah, Kedah pada 20 Jamadil Awwal 1280h/1862m. Nama timangan beliau ketika kecil ialah Cik Megat. Kemudian masyur dengan panggilan Tuan Hussein Kedah. Gelaran Megat diperolehi kerana ayah beliau Hj.Muhd.  Nasir, seorang kebanyakan telah berkahwin dengan Tengku Fatimah Tengku Mahmud, kerabat Diraja Kubang Pasu. Beliau mempunyai 8 orang adik beradik, 6 lelaki dan 2 perempuan

Sejarah TG Hj  Ahmad
Antara guru-guru beliau di Makkatul Mukarramah ialah Sheikh Omar Hamdan, Sheikh Omar Bajunid, Syed Amirul Khatab, Sheikh Ahmad Arabi, Sheikh Ahmad Sembawa, Sheikh Ibrahim Pattani, Sheikh Ahyud (Ilmu Falaq)

Kitab-kitab Karya TG Tuan Husin
Antaranya ialah an-Nur al-Mustafidh Fi `Aqaidil Ahli At-Tauhid yg ditulis pada tahun 1887.

Kitab-kitab Karya TG Hj Ahmad
Antara tulisan beliau ialah Usul At-Tauhid, pada tahun 1927.

Mengenai Madrasah al-Khairiah al-Islamiah
Madrasah ini ditubuhkan untuk mendidik dan menanamkan  semangat kasihkan agama,bangsa dan tanahair di kalangan anak bangsa serta sebagai pusat pendidikan Islam di tanahair.Kelahiran madrasah ini adalah di atas kesedaran dan semangat rakyat.

Suara TG Hj  Ahmad (Mengajar)
Rakaman salah satu dari majlis pengajian beliau.

Suara Isteri TG Hj Ahmad (wawancara)
Wawancara pelajar Madrasah al-Khairiah al-Islamiah dengan Isteri TG Hj Ahmad Tuan Husin.
 

Menu Utama
Kaunter