Rangkaian Laman Web aL-AHKAM online
 TUAN GURU HJ AHMAD BIN TUAN HUSIN 

PENDIDIKAN
Pendidikan awal beliau diperolehi daripada bapanya sendiri sehinggalah usia beliau 6 tahun. Ketika usia 4 tahun beliau belajar di Sekolah Melayu Cholastar, Pulau Pinang dalam tahun 1914M. Disebabkan kepintaran beliau, dalam masa 4 tahun beliau telah menamatkan pelajaran beliau dan kembali ke Bagan Ulu iaitu rumah bapanya. Di sini beliau mempelajari ilmu agama dan bahasa arab daripada bapa beliau selama 6 tahun.Tempat beliau belajar merupakan tapak surau Pantai Merdeka sekarang.

PERPINDAHAN
Setelah 7 tahun berada di Bagan Ulu, keluarganya berpindah ke Sungai Limau, Yan,Kedah kerana bapanya membeli sawah bendang untuk dikerjakan. Keinginan beliau untuk menimba ilmu menyebabkan beliau meminta izin daripada ayah beliau untuk belajar di Makkatul Mukarramah. Bapa beliau bersetuju dengan syarat mengerjakan swah padi selama tiga musim supaya anaknya mendapat keberkatan belajar dari titik peluh sendiri.

 Pada tahun 1923M, beliau bertolak ke Tanah suci dengan tambang yang berjumlah RM80.00. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Selama 4 tahun beliau belajar di sana.Bidang ilmu yang dipelajari di sana ialah undang-undang Islam 4 mazhab, Sorof, ilmu Bayan, Badie' Maa'nie, Hadith, Tafsir daan Tarikh.

 Antara guru-guru beliau di Makkatul Mukarramah ialah Sheikh Omar Hamdan, Sheikh Omar Bajunid, Syed Amirul Khatab, Sheikh Ahmad Arabi, Sheikh Ahmad Sembawa, Sheikh Ibrahim Pattani, Sheikh Ahyud ( Ilmu Falaq). Semasa di Mekah beliau tinggal di Jiyad, Mekah di rumah tumpangan diraja Kedah.

PERKAHWINAN
Pada tahun 1927M, Tuan Ahmad pulang ke Malaya. Dalam tahun 1930M, beliau berpindah ke Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Beliau mengajar di Madrasah Khairiah Islamiah yang didirikan oleh ayah beliau. Selepas pemergian ayahnya,beliau menyambung semula pelajaran  ke Mekah dan balik semula ke Malaya  menyambung tugas ayahnya mengajar  di Madrasah Khairiah Islamiah dan menjadi mudir di sana.

Sebelum ayahnya meninggal dunia, Tuan Hussin telah dikahwinkan dengan Hajah Sofiah binti Hj. Idris, dan di-kurniakan seramai 16 orang anak, 2 daripadanya meninggal dunia. Anaknya yang sulong, Hj. Ali mengambil alih tugas sebagai mudir sekarang.

Anak-anak beliau ialah Hj. Ali, Hj. Osman, Hajjah Rahmah, Hj. Omar, Hajjah Zainab, Hajjah Rokiah, Hajjah Aminah, Hj. Abdullah, Encik Husin, Dr. Hj. Hassan, Hajjah Hasnah, Hj. Mohsin, Encik Abd. Halim dan Encik Muhammad Najib.
 

KEMATIAN
Beliau meninggal dunia pada hari Sabtu jam 7.05 malam (maghrib) di Pokok Sena, Seberang Prai, Pulau Pinang bersamaan 17 Rabiul Awal 1398, dalam usia 71 tahun.

Menu Utama