Rangkaian Laman Web aL-AHKAM online
MADRASAH KHAIRIAH ISLAMIAH, POKOK SENA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG
PENGENALAN
Madrasah Khairiah Islamiah merupakan sebuah institusi pendidikan Menengah Agama Rakyat. Penubuhannya lebih kurang 44 tahun lalu. Ia diasaskan pada tahun 1933M oleh Tuan Haji Hussin bin Haji Mohd. Nasir (1863M-1935M) Setelah beliau meninggal dunia, jawatan mudir diambil alih oleh anak beliau Tuan Hj. Ahmad. Sekolah ini didirikan di tanah wakafnya sendiri seluas satu ekar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

TUJUAN DI TUBUHKAN.

 Madrasah ini ditubuhkan untuk mendidik dan menanamkan  semangat kasihkan agama,bangsa dan tanahair di kalangan anak bangsa serta sebagai pusat pendidikan Islam di tanahair.Kelahiran madrasah ini adalah di atas kesedaran dan semangat rakyat.

PERINGKAT PENGAJIAN

Madrasah ini mempunyai 2 peringkat pengajian:

 ·  Peringkat Peralihan (Tahdiri)- 1 Tahun
   Peringkat Persediaan (Ikdadi)- 3 Tahun

 ·  Peringkat Thanawi- 4 Tahun

 Pada tahun 1998, pelajaran akademik telah diperkenalkan.Pada tahun 2000 ini, kelas akademik adalah daripada tingkatan 1 hingga 3 dan peperiksaan PMR adalah yang pertama untuk madrasah ini.

MATA PELAJARAN YANG DIPELAJARI

TAHDIRI
-Pelajaran jawi
-Luqhatul Arabiah 1. Muthalaah
   2. Muhaadasah
   3. Nahu
   4. Insyak
   5. Sorof
-Akademik  6. Bahasa Melayu
   7. Matematik
   8. Bahasa Inggeris

IKDADI
1. Muthalaah
2. Mahfuzat
3. Muhadasah
4. Nahu
5. Sorof
6. Insyak
7. Imlak
8. Tajuid
9. Khat
10.Feqah
11. Tauhid
12. Tafsir
13. Hadith
14. Akhlak
15.Tarikh
16. Bahasa Melayu
17. Bahasa Inggeris
18. Matematik
19. Sains
20. Sejarah
21. Bahasa Arab Komunikasi
22. Pendidikan Islam
23. Geografi

THANAWI

1. Muthalaah
2. Mahfuzat
3. Muhadasah
4. Nahu
5. Sorof
6. Insyak
7. Imlak
8. Tajuid
9. Khat
10.Feqah
11. Tauhid
12. Tafsir
13. Hadith
14. Akhlak
15.Tarikh
16. Bahasa Melayu
17. Bahasa Inggeris
 

PENTADBIRAN DAN PERJALANAN MADRASAH
Pentadbiran madrasah adalah di bawah Lembaga Pentadbir dan Guru-Guru. Fungsi utama Lembaga ini adalah untuk menentukan dan melicinkan perjalanan pentadbiran dan pelajaran Madrasah.Ahli-ahli Lembaga Madrasah terdiri daripada intelek Islam dan ulama'-ulama'. Tenaga pengajar madrasah ini terdiri daripada lepasan Universiti Timur Tengah dan tempatan serta lulusan Shahadah, STPM dan lain-lain. Jumlah tenaga pengajar di sini berjumlah 30 orang.Perjalanan sekolah lebih kepada bantuan dan sokongan derma khairat serta wakaf daripada orang ramai dan bekas pelajar. Kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga merupakan antara penyumbang kepada ekonomi madrasah.

 Penggal persekolahan bermula setiap awal tahun bermula dari bulan Januari hingga pertengahan bulan November. Di tahun 50an, penggal pengajian adalah sebanyak 3 penggal. Penggal pengajian sekarang hanya sebanyak 2 penggal. Ketika di era 50an, madrasah bercuti selama sebulan ketika bulan Ramadhan. Di era baru ini, cuti sebulan di bulan Ramadhan telah dimansuhkan.

PEPERIKSAAN
Sejak tahun 50an, peperiksaan dijalankan 3 kali setahun. Ia diadakan pada hujung penggal 1,II dan III. Tiap-tiap peperiksaan memakan masa selama 10 hari.Sistem peperiksaan sekarang ialah 2 kali setahun iaitu peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.Bermula pada tahun 1998, peperiksaan berlangsung selama 2 minggu di mana seminggu untuk pelajaran akademik dan 9 hari untuk pelajaran agama.

PENUNTUT
 Madrasah ini mempunyai 495 orang pelajar putera dan puteri. Tempat pembelajaran adalah berasingan di mana satu bangunan untuk pelajar putera dan satu bangunan lagi untuk pelajar puteri. Asrama disediakan untuk kemudan pelar-pelajar yang datang dari jauh. Madrasah menyediakan satu bangunan asrama putera dan satu bangunan asrama puteri. Madrasah juda dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik-bilik guru yang berasingan antara ustaz dan ustazah serta perpustakaan.

SAMBUTAN IHTIFAL DAHULU DAN SEKARANG.
Sambutan Jubli Emas Madrasah telah diadakan pada tahun 1983. Selepas 17 tahun, Majlis Ihtifal Sekolah Agama Khairiah Islamiah Era 1950/60an dirancang untuk memperingati kembali kegemilangan madrasah ketika era tersebut. Apa yang dilihat sekarang, persediaan Ihtifal menggunakan peralatan canggih seperti komputer, mesin-mesin cetak dan lain-lain berbanding dahulu. Jika dahulu kemeriahan Ihtifal telah mula dirasai seminggu sebelum program kerana penduduk kampung telah mula datang ke madrasah untuk kerja-kerja persiapan.Mereka datang membawa pisang dan makanan sambil bergotong-royong menyiapkan kerja.Berbanding sekarang kemeriahannya hanya berlaku sehari sebelum Ihtifal. Namun, semangat gotong-royong pelajar masih tidak berubah dari dahulu hinggalah sekarang.

 Pentas di era 50/60an amat berbeza dari kini kerana atapnya diperbuat daripada daun kelapa dan tiangnya daripada batang pisang. Acara persembahan diisi dengan syair dan sandiwara oleh pelajar putera.Kini, pentas dibina kukuh dihiasi bendera kecil berwarna-warni dan acara-acara yang dipersembahkan pelbagai seperti nasyid, sajak, syarahan dan sebagainya.

Menu Utama